Sabtu, 30 Julai 2011

BUKTI PENGIKTIRAFAN YAB PERDANA MENTERI

Pengumuman YAB Perdana Menteri dihadapan lebih 3000 perwakilan dalam Persidangan Agung MIC dengan melantik Presiden MIC sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa YAB Perdana Menteri memahami bahawa MIC mampu menjadi parti utama dan pembela kepada kepentingan masyarakat India dalam negara ini. Secara peribadi saya percaya akan keupayaan MIC untuk memainkan peranan mereka sesuai dengan pendekatan dan prinsip yang menjadi amalan BN selama ini, dan yang penting kepimpinan MIC disemua peringkat mesti terus meningkatkan komitmen dan kesungguhan mengalas kepercayaan ini dengan mempastikan sokongan masyarakat India kepada BN ditingkatkan. Saya melihat MIC berusaha bersungguh sungguh untuk pulih selepas PRU12, iktizam dan kesungguhan itu menampakkan hasilnya kini, walaupun saya percaya masih ada ruang yang perlu diberikan perhatian untuk puluh sepenuhnya. Apa yang penting, usaha untuk melakukan perubahan, melakukan pemulihan terutama menarik semula sokongan masyarakat India kepada MIC serta BN secara bersungguh mereka lakukan, dan saya secara peribadi melihat akan perubahan itu.

Sekadar memberikan contoh bagaimana MIC Bahagian Lenggong yang telah berjaya melakukan perubahan itu, walaupun saya sekali lagi percaya masih banyak yang perlu dibaiki dan saya secara langsung melihat kesannya. Ini memperlihatkan usaha dilakukan, walaupun di Lenggong jumlah pengundi India hanya 424 orang sahaja, dan berdasarkan analisa sikap yang dilakukan secara bersama saya berkeyakinan lebih 90% pengundi India menyokong BN di Lenggong. Persoalannya bagaimana perubahan ini dilakukan ? Apakah ia berlaku secara begitu sahaja dan apakah situasi ini, mampu kekal berterusan sehingga PRU13 ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan