Sabtu, 13 Ogos 2011

Berita Gembira Buat WARGA FELDA Parlimen Lenggong

BERITA GEMBIRA BAGI WARGA FELDA DI LENGGONG : Berita gembira bagi warga Felda Parlimen Lenggong. YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO Msia sewaktu merasmikan Majlis Mesra Rakyat & Rahmat Ramadhan Felda Parlimen Lenggong di Felda Pepulut Lenggong, mengumumkan bahawa YAB Perdana Menteri Msia telah meluluskan a. Pembinaan Perumahan Warga Felda Parlimen Lenggong ( Melibatkan pembinaan lebih 100 buah rumah untuk generasi kedua Felda Di Parlimen Lenggong ), a. Kelulusan RM400,000 Bagi Naik Taraf Masjid Felda Lawin Utara, b. Meluluskan RM270,000 bagi Membina Dewan Terbuka Felda Pepulut Lenggong, c. RM80,000 Bagi Naik Taraf Padang Bola sepak Felda Lawin Utara, d. RM150,000 Bagi Peruntukan 3 Buah Sek Agama Rakyat Di 3 Kawasan Felda: Pepulut, Felda Lawin Selatan dan Felda Lawin Utara, dan e. RM30,00 untuk 3 buah Masjid disemua Felda Di Lenggong.

Saya amat bersyukur, kerana YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan suatu projek penting kepada warga muda FELDA di Kawasan Parlimen Lenggong. Ini merupakan suatu yang amat penting, sebab itu ketika saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri di pejabatnya, saya nyatakan harapan warga muda di Lenggong. PM sebagai pemimpin yang memahami kehendak generasi mudatelah bersetuju meluluskan, pembinaan Projek Perumahan Warga Felda Parlimen Lenggong. Ini hadiah hari raya bagi warga Felda di Lenggong. Saya berharap warga Felda di Lenggong bersyukur dengan pelbagai projek yang telah diumumkan oleh YB Datuk Hj Ahmad Maslan yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan