Sabtu, 13 Ogos 2011

Berita Gembira Buat WARGA FELDA Parlimen Lenggong

BERITA GEMBIRA BAGI WARGA FELDA DI LENGGONG : Berita gembira bagi warga Felda Parlimen Lenggong. YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO Msia sewaktu merasmikan Majlis Mesra Rakyat & Rahmat Ramadhan Felda Parlimen Lenggong di Felda Pepulut Lenggong, mengumumkan bahawa YAB Perdana Menteri Msia telah meluluskan a. Pembinaan Perumahan Warga Felda Parlimen Lenggong ( Melibatkan pembinaan lebih 100 buah rumah untuk generasi kedua Felda Di Parlimen Lenggong ), a. Kelulusan RM400,000 Bagi Naik Taraf Masjid Felda Lawin Utara, b. Meluluskan RM270,000 bagi Membina Dewan Terbuka Felda Pepulut Lenggong, c. RM80,000 Bagi Naik Taraf Padang Bola sepak Felda Lawin Utara, d. RM150,000 Bagi Peruntukan 3 Buah Sek Agama Rakyat Di 3 Kawasan Felda: Pepulut, Felda Lawin Selatan dan Felda Lawin Utara, dan e. RM30,00 untuk 3 buah Masjid disemua Felda Di Lenggong.

Saya amat bersyukur, kerana YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan suatu projek penting kepada warga muda FELDA di Kawasan Parlimen Lenggong. Ini merupakan suatu yang amat penting, sebab itu ketika saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri di pejabatnya, saya nyatakan harapan warga muda di Lenggong. PM sebagai pemimpin yang memahami kehendak generasi mudatelah bersetuju meluluskan, pembinaan Projek Perumahan Warga Felda Parlimen Lenggong. Ini hadiah hari raya bagi warga Felda di Lenggong. Saya berharap warga Felda di Lenggong bersyukur dengan pelbagai projek yang telah diumumkan oleh YB Datuk Hj Ahmad Maslan yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sabtu, 30 Julai 2011

KARNIVAL NASYID Parlimen Lenggong 2011

Karnival Nasyid Parlimen Lenggong 2011' sekali lagi diadakan dan sebagaimana penganjurannya kali pertama ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan melibatkan penyertaan lebih 1100 orang peserta.

BUKTI PENGIKTIRAFAN YAB PERDANA MENTERI

Pengumuman YAB Perdana Menteri dihadapan lebih 3000 perwakilan dalam Persidangan Agung MIC dengan melantik Presiden MIC sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa YAB Perdana Menteri memahami bahawa MIC mampu menjadi parti utama dan pembela kepada kepentingan masyarakat India dalam negara ini. Secara peribadi saya percaya akan keupayaan MIC untuk memainkan peranan mereka sesuai dengan pendekatan dan prinsip yang menjadi amalan BN selama ini, dan yang penting kepimpinan MIC disemua peringkat mesti terus meningkatkan komitmen dan kesungguhan mengalas kepercayaan ini dengan mempastikan sokongan masyarakat India kepada BN ditingkatkan. Saya melihat MIC berusaha bersungguh sungguh untuk pulih selepas PRU12, iktizam dan kesungguhan itu menampakkan hasilnya kini, walaupun saya percaya masih ada ruang yang perlu diberikan perhatian untuk puluh sepenuhnya. Apa yang penting, usaha untuk melakukan perubahan, melakukan pemulihan terutama menarik semula sokongan masyarakat India kepada MIC serta BN secara bersungguh mereka lakukan, dan saya secara peribadi melihat akan perubahan itu.

Sekadar memberikan contoh bagaimana MIC Bahagian Lenggong yang telah berjaya melakukan perubahan itu, walaupun saya sekali lagi percaya masih banyak yang perlu dibaiki dan saya secara langsung melihat kesannya. Ini memperlihatkan usaha dilakukan, walaupun di Lenggong jumlah pengundi India hanya 424 orang sahaja, dan berdasarkan analisa sikap yang dilakukan secara bersama saya berkeyakinan lebih 90% pengundi India menyokong BN di Lenggong. Persoalannya bagaimana perubahan ini dilakukan ? Apakah ia berlaku secara begitu sahaja dan apakah situasi ini, mampu kekal berterusan sehingga PRU13 ?

Jumaat, 29 Julai 2011

BERSATULAH KITA ...... ?

Sempena dengan datangnya bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi, sudah tentu ia kesempatan yang terbaik bagi membolehkan kita sebagai ummat Islam, meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. sudah pasti menjadi suatu kerugian besar kepada umat Islam yang tkdak memanfaatkan peluang yang diberikan ini. selain dengan mengimarahkan rumah Allah, dan mengerjakan sunay Tarawith atau amalan wajib atau sunat yang lain sebagaimana dianjrkan oleh Islam, sudah tentu bagi mereka yang brkemampuan memperbanyakkan amalan sedekah, memberi makan kepada yang lapar dan memerlukan. Dan sebenarnya setiap amalan dan perbuatan kita menjadi amal ibadah yang amat berguna sebagai bekalan kita di alam yang kekal abadi nanti. Dan kerana itulah saya amat bersetuju dengan pandangan dan penjelasan YAB Perdana Menteri yang menyebut bahawa UMNO akan memberikan tumpuan kepada amalan baik di bulan puasa ini, dan berharap semua agar meningkatkan amalan kita dibulan ini, dan tidak berpolitik terutama memaki hamun, menfitnah kerana ianya dilarang Allah dan tidK sesuai dilakukan di bulan ramadhan malah dimana ketika sekalipun.

Bersama VATERAN TENTERA MALAYSIA

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Jabatan Vateran Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan Malaysia . Jabatan ini berperanan menjaga kebajikan bekas bekas angkatan tentera yang pernah menyumbang bakti kepada negara sebagai anggota tentera suatu ketika dahulu.

Projek PEMBANGUNAN KAWASAN PARLIMEN LENGGONG

Sejak Mac 2008 pelbagai projek pembangunan dan isu isu rakyat telahpun berjaya diselesaikan walaupun diakui masih banyak yang perlu dilakukan dan menyelesaikan beberapa lagi isu isu yang melibat rakyat di Kawasan Parlimen Lenggong.